Saturday, March 10, 2018

TIPS: 9 CARA ELAKKAN BENGKAK SUSU DENGAN BETUL

TIPS: 9 CARA KURANGKAN BENGKAK SUSU




“BENGKAK SUSU!!! SAKIT SANGAT SAMPAI DEMAM!!”

Benar! Bengkak susu atau clogged duct sangat menyakitkan! Pada yang pernah mengalaminya pasti setuju dengan penyataan ini. Punca utama bengkak susu adalah kerana susu ibu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan dengan kerap sebaiknya.

Apabila payudara tidak dikosongkan dengan kerap sebaiknya, pengumpulan susu yang banyak akan terjadi dan menyebabkan salur susu tersumbat. Penghasilan susu ini oleh kerana hormon lacta yang dihasilkan oleh tubuh ibu. Sepatutnya, susu yang terhasil haruslah dikeluarkan untuk diberikan kepada bayi anda kan?

Tanda Masalah Salur Susu Tersumbat


Kehadiran benjolan keras atau bengkak pada payudara walaupun setelah menyusukan atau pump mengikut jadual.Penghasilan susu yang merudum. Susu di dalam payudara yang tidak dikosongkan dengan sebaiknya akan menjadi lebih pekat dan melekit. Kerana itulah, ada dikalangan ibu yang mendapati walaupun mereka telah direct feeding mahupun pump, keadaan bengkak atau benjolan tersebut masih tidak surut.Punca puting tersumbat.

Seperti yang saya katakan di awal tadi,

Punca utama bengkak susu adalah kerana susu ibu tidak dikeluarkan dan payudara tidak dikosongkan dengan kerap sebaiknya; sebagai contoh

Penyusuan / pemerahan yang tidak kerap


– Jarak sesi penyusuan yang ideal untuk mengelakkan bengkak susu adalah 2-3jam.Menetapkan masa menyusu di setiap belah payudara
– Kerap menukar payudara ketika menyusu tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya dari setiap belah payudara. Bayi sepatutnya menyusu di sebelah payudara sahaja sehingga dia melepaskan sendiri payudara itu.Tertinggal sesi memerah
– Untuk ibu yang telah mula bekerja, tertinggal waktu mengepam kerana tugasan boleh mengakibatkan bengkak susu dan susu drop! Jaga-jaga ya ibu.



Lekapan yang tidak betul.


– Lekapan yang tidak sempurna mengakibatkan susu tidak dapat keluar dengan baik dan mengakibatkan puting luka, dan bayi tidak cukup susu.

Cara Atasi Masalah Bengkak Susu


1. Menyusu dengan kerap


Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan jarak masa yang panjang di antara penyusuan.


2. Pelbagaikan posisi penyusuan

Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik. Posisi penyusuan yang bersesuaian menenangkan dan membuatkan keduanya selesa. Kenali 4 Posisi Penyusuan Susu Ibu yang bersesuaian dengan anda dan bayi.



3. Pam selepas sesi menyusu


Menggunakan pam payudara selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu. Ini adalah teknik bagi memastikan payudara anda telah benar-benar kosong dan susu yang baru akan sedia untuk dihasilkan untuk sesi penyusuan yang seterusnya.



4. Mengurut payudara

Mengurut payudara anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat berkesan. Ia akan melancarkan pengeluaran susu ibu dan mendapatkan let down reflect dengan lebih cepat.



5. Menekap payudara



Menekap kain yang suam di payudara adalah salah satu cara melegakan bengkak susu ini. Mngikut petua dahulu kala, ibu boleh menekapnya dengan menggunakan kelopak kobis bagi menyelesaikan masalah bengkak susu ini.

6. Mandi Air Suam

Mandi air panas(suam) selama lebih kurang 15-20 minit. Halakan air suam ke bahagian payudara. PAda masa yang sama sewaktu mandi, lakukan urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara dengan sedikit tekanan di bahagian ketulan (jika ada).



7. Urutan marmet

Urutan Marmet menjadi satu indicator untuk membantu ibu mengenalpasti adakah payudara sudah dikosongkan sebaiknya. Payudara yang dikosongkan dengan sebaiknya akan menghasilkan susu dengan lebih cepat.


Langkah-langkah urutan marmet

1. Pastikan ibu mencuci tangan  dengan bersih sebelum melakukan urutan marmet.

2. Mulakan dengan urutan lembut pada payudara di seluruh bahagian payudara. Ini
untuk membantu melancarkan penghasilan pengeluaran susu dan mendapatkan letdown reflex ibu dengan cepat.

3. Posisikan ibu jari (di atas puting susu) dan dua jari pertama (di bawah puting) kira-kira 1cm hingga 1.5cm dari puting, walaupun tidak semestinya di tepi luar areola. Gunakan ukuran ini sebagai panduan, kerana payudara dan areola berbeza-beza yang lain. Pastikan tangan membentuk huruf “C” dan pad jari pada pukul 6 dan 12 sejajar dengan puting. Perhatikan jari-jari diletakkan supaya takungan susu terletak di bawahnya.

• Elakkan mengepam payudara



4. Tolak payudara ke dalam ke arah dada


• Elakkan daripada tersebar jari-jari. Pastikan ibu jari dan jari telunjuk pada posisi tadi.

• Untuk payudara besar, angkat pertama dan kemudian tekan ke dinding dada

5. Gulung ibu jari dan jari telunjuk ke hadapan pada masa yang sama. Gerakan memusing ini memampatkan dan mengosongkan takungan susu tanpa mencederakan tisu payudara sensitif.


Perhatikan kedudukan ibu jari dan kuku semasa gulung selesai seperti ditunjukkan dalam ilustrasi.


6. Ulang step 3, 4, dan 5 untuk mengalirkan takungan sepenuhnya. Position, tolak dan gulung

7. Lakukan semula urutan payudara apabila aliran susu mula perlahan atau sudah tiada susu yang memancut.

8. Ibu boleh menukar posisi ibu jari dan jari telunjuk kearah lain. Pastikan ibu mengekalkan posisi ibu jari dan jari telunjuk yang selari dengan puting susu dalam bentuk C. Ibu  juga bebas
menukar menggunakan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan bagi membolehkan susu dikeluarkan dari seluruh bahagian payudara.



8. Makanan tambahan


  1. Lecithin


Ibu boleh mengambil lecithin setiap hari untuk melancarkan semula saluran susu yang tersumbat. Lecithin merupakan minyak pelincir untuk memastikan mesin susu berjalan dengan lancar. Cadangan dos yang disarankan oleh Kelly Bonyata, IBCLC untuk recurrent plugged ducts.

3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.

Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang bengkak susu, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.

Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada bengkak susu juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.

“It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.”-  Dr. Jack Newman

b. Vitamin C


Ambil Vitamin C 1000mg setiap hari untuk membantu penghasilan kolagennya sendiri untuk penyembuhan saluran susu yang rosak akibat tersumbat. Adalah bagus mengambil Vitamin C setiap hari kerana badan kita tidak menghasilkan Vitamin C sendiri.

Ibu boleh menggunakan lecithin dan Vitamin C semulajadi seperti Lecithin dan Sustained Release Vita-C Plus dari Shaklee.



9. Air suam


Minumlah air suam sebanyaknya sepanjang berpantang bagi melancarkan pengeluaran susu ibu, juga peredaran darah ibu.

Tahu tak? Ibu berpantang perlu extra air kerana perubahan hormon yang mengakibatkan ibu berpeluh. Ini adalah antara alasan tambahan untuk minum air suam lebih berbanding sewaktu mengandung. Saranan ibu menyusu adalah 3 liter air sepanjang hari namun ia bergantung kepada berat badan ibu.

Paling penting kekalkan badan ibu terhidrat dengan air suam, bukan dengan air sejuk.

Penutup

Bengkak susu boleh dikawal dan dirawat jika terjadi dengan cara yang betul. Tidak menyakitkan dan menganggu pengeluaran susu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu yang ingin menyusu dengan gembira dan bertenaga. Shaklee telah membuktikan produk yang dikeluarkan memberikan hidup yang lebih sihat, bertenaga dan muda pada tahap selular.

TESTIMONI LECITHIN SHAKLEE






DAPATKAN SUPPLEMENT ANDA DARI SAYA SEKARANG!!




DETAIL PEMBAYARAN:               
🐙CIMB BANK: 7604457391               
 NORIZWANI BINTI YAHYA               
Pesanan akan diproses sebaik sahaja pengesahan pembayaran dibuat. Terima Kasih.               
               
Sila sertakan detail untuk penghantaran:               
✒Nama Penuh:   

           
📮Alamat yang Lengkap:               
📱No.Telefon:               
               
📲CALL/WASSUP DETAIL PESANAN BERSERTA BUKTI PEMBAYARAN ANDA PADA SAYA:



               
📲019 44.88.980    (Wanie)       



FOLLOW ME⤵


FB ⤵️          

: Norizwani Yahya


FB PAGE⤵️

: VitaminFawanies@fawanies

   

IG ⤵️

: NorizwaniYahya


BLOG⤵️

:www.VitaminFawanies.blogspot.com

No comments:

Post a Comment