Vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk bayi membesar
Kalsium
Kromium
Tembaga
Fluorida
Asid Folik
Iodin
Zat besi
Magnesium
Mangan
Asid Pantotenik
Fosforus
Potasium
Riboflavin
Thiamin
Vitamin A
Vitamin B6
Vitamin C
Vitamin D
Zink
Kalsium
Jumlah harian:
✔800mg (1,250mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Pembentukan tulang dan gigi yang kuat, saraf, jantung dan otot yang sihat, juga perkembangan ritma jantung dan pembekuan darah.
Sumber makanan:
🔷️200ml susu: 230mg
🔷️200ml susu kacang soya diperkaya: 273mg
🔷️1 karton kecil yogurt: 225mg
🔷️1 roti naan: 273mg
🔷️4 biji buah ara kering: 168mg
Kromium
✔Jumlah harian: Tiada RDA
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Mengawal tahap gula dalam darah; ✔merangsang sintesis protein dalam tisu-tisu yang sedang terbina.
Sumber makanan:
🔷️85g ayam panggang tanpa kulit: 22mcg
🔷️1 keping roti bijian penuh: 16mcg
Tembaga
Jumlah harian:
✔1.2mg (1.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membantu pembentukan jantung, rangka dan sistem saraf, arteri dan saluran darah
Sumber makanan:
🔷️150g (1 cawan) kacang lentil hijau/perang: 0.50mg
🔷️100g (4 sudu besar) kacang merah: 0.24mg
🔷️sebiji mangga: 0.25mg
Fluorida
Jumlah harian:
❌Tiada RDA
Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Diperlukan apabila gigi mula terbentuk pada minggu ke-10; kemudian, dalam trimester kedua dan ketiga, diperlukan untuk pembentukan gigi kacip utama, geraham dan gigi kekal
Sumber makanan:
✔Air (air paip di Malaysia diperkuat dengan fluorida)Juga, 1 cawan kale yang telah dimasak: 0.205mg
1 biji epal sederhana besar: 0.093mg
Asid Folik
Jumlah harian:
✔ 300mcg (360mcg untuk ibu-ibu yang menyusukan ) ditambah 400mcg suplemen sebelum konsepsi dan untuk tiga bulan pertama kehamilan
✔Adakah anda perlukan suplemen? Ya
Manfaat kepada bayi anda:
✔Adalah bahagian penting dalam cecair spinal dan membantu menutup tiub di mana terletaknya sistem saraf tunjang; juga membantu mensintesis DNA dan menormalkan fungsi otak.
Sumber makanan:
🔷️Setengah cawan kacang lentil masak: 179mcg,
🔷️7 sudu besar kepingan bran: 113mcg
🔷️1 biji pisang sederhana besar: 20mcg
🔷️2 tangkai brokoli: 61mcg
🔷️sebiji oren bersaiz besar: 54mcg
Iodin
✔Jumlah harian: 140mcg
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Mengawal metabolisma, membantu perkembangan sistem saraf.
Sumber makanan:
🔷️Garam biasa beriodin
🔷️ikan
🔷️rumpai laut
🔷️susu
🔷️produk tenusu
🔷️juga dalam air minuman berfluorida.
Zat besi
✔Jumlah harian: 14.8mg
✔Adakah anda perlukan suplemen? Ya, jika diarahkan doktor.
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membuat sel-sel darah merah, membekalkan oksigen kepada sel-sel untuk tenaga dan tumbesaran, dan membina tulang dan gigi.
Sumber makanan:
🔷️Gabungan sumber haiwan dan tumbuhan,
🔷️85g daging batang pinang, kira-kira 2.4mg
🔷️4 sudu besar kacang kuda dimasak: 2.2mg
🔷️3 sudu besar daun bawang: 1mg
🔷️7 sudu besar kepingan bran: 9mg
🔷️1/2 tin besar kacang panggang: 2.8mg
🔷️85g daging tanpa lemak: 2.4mg
🔷️2 1/2 sudu besar kacang pis beku: 1.1mg
Magnesium
Jumlah harian:
✔270mg (320mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membantu membina tulang dan gigi yang kuat,
✔ mengawal tahap insulin dan kandungan gula dalam darah,
✔membina dan membaiki tisu-tisu
Sumber makanan:
🔷️9 biji kacang Brazil: 123mg
🔷️2 1/2 sudu besar bayam: 44mg
🔷️2 1/2 sudu besar kacang bendi: 77mg
🔷️4 sudu besar nasi beras perang: 71mg
Mangan
✔Jumlah harian: Tiada RDA
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tiada
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membantu perkembangan tulang dan pankreas dan pengsintesisan lemak dan karbohidrat
Sumber makanan:
✔170g nasi beras merah: 6.93mg
✔1 cawan bubur: 0.95mg
✔175g kacang hitam dimasak: 0.76mg
Asid Pantotenik
✔Jumlah harian: Tiada RDA
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Mengawal aktiviti adrenal, penghasilan antibodi, tumbesaran dan metabolisma protein dan lemak.
Sumber makanan:
🔷️1 biji telur rebus bersaiz sederhana: 1.1mg
🔷️1/2 avokado bersaiz sederhana: 1.1mg
🔷️1 cawan susu: 1mg
Fosforus
Jumlah harian:
✔ 550mg (990mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔ Membina tulang dan gigi yang kuat; menghasilkan pembekuan darah dan ritma jantung yang normal.
Sumber makanan:
🔷️85g ikan salmon dalam tin (termasuk tulangnya): 279mg
🔷️175g kacang pinto dimasak: 273mg;
🔷️ 1 cawan susu: 247mg
🔷️175g kacang hitam dimasak: 241mg
Potasium
✔Jumlah harian: 3,500mg
Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔ Membantu aktiviti otot dan kontraksi, ✔metabolisma tenaga dan fungsi saraf.
Sumber makanan:
🔷️1 kentang jaket bersaiz sederhana: 844.4mg
🔷️240ml jus prun: 706.6mg
🔷️1 cawan kismis: 575mg
🔷️10 biji aprikot kering: 482mg
Riboflavin
Jumlah harian:
✔ 1.14mg (1.16 mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Menggalakkan tumbesaran, penglihatan yang baik dan kulit yang sihat.
✔ Penting untuk tulang, otot dan perkembangan saraf bayi anda.
Sumber makanan:
🔷️1 cawan yogurt: 0.5mg
🔷️85g daging itik tanpa kulit: 0.4mg
🔷️1/2 cawan cendawan rebus: 0.2mg
🔷️1/2 cawan keju rikota: 0.2mg
Thiamin
Jumlah harian:
✔0.9mg (1mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Menukar karbohidrat kepada tenaga; penting untuk perkembangan otak. Juga membantu perkembangan jantung dan sistem saraf.
Sumber makanan:
🔷️sekeping roti naan: 0.32mg
🔷️1 sudu besar Marmite: 0.46mg
Vitamin A
Jumlah harian:
✔ 700mcg (950 untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Penting untuk tumbesaran sel, perkembangan mata, kulit dan membran mukus yang sihat, melawan jangkitan, perkembangan tulang, metabolisma lemak dan penghasilan sel darah merah.
Sumber makanan:
🔷️180ml jus lobak merah dalam tin: 4,738 RE
🔷️1 keledek bakar: 2,488 RE
🔷️1 lobak merah mentah: 2,025.4 RE
🔷️1 cawan tembikai: 515.2 RE
Vitamin B6
Jumlah harian: 0.96mg
Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membantu dalam metabolisma protein, lemak dan karbohidrat.
✔Membantu membentuk sel-sel darah merah baru dan dalam perkembangan otak dan sistem saraf.
Sumber makanan:
🔷️1 biji pisang bersaiz sederhana: 0.7mg
🔷️1 kentang jaket bersaiz sederhana: 0.7mg
🔷️1 cawan kacang kuda: 0.6mg
🔷️85g dada ayam: 0.5mg
Vitamin C
Jumlah harian:
✔50mg (80mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
Adakah anda perlukan suplemen? ✔
Manfaat kepada bayi anda:
✔Penting untuk membaiki tisu-tisu dan penghasilan kolagen. Membantu tumbesaran yang elok dan menguatkan tulang dan gigi.
Sumber makanan:
🔷️240ml jus oren: 124mg
🔷️1 cawan strawberi: 84.5mg
🔷️2 tangkai brokoli: 32mg
🔷️2 biji tomato: 30mg
Vitamin D
✔Jumlah harian: 10mcg
✔Adakah anda perlukan suplemen? Tidak
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membantu membina tulang dan gigi.
Sumber makanan:
🔷️1 keping stik salmon: 0.22mg
🔷️200ml susu: 0.08mg
🔷️2 filet ikan plais (ikan sebelah): 0.36mg
Zink
Jumlah harian:
✔7mg (9.5mg untuk ibu-ibu yang menyusukan)
✔Adakah anda perlukan suplemen? Ya
Manfaat kepada bayi anda:
✔Membantu membentuk organ-organ, rangka, saraf dan sistem peredaran.
Sumber makanan:
🔷️2 kepingan tebal daging lembu/kambing: 4.6mg
🔷️30g biji bunga matahari: 1.5mg
🔷️1/2 tin kecil tuna: 1mg
No comments:
Post a Comment